Monday, November 15, 2010

ciKgU cikGi :)

Pada September 2010 yang lalu... (imbas kembali ;p )
Saya telah mendapat satu panggilan...
yang telah mengubah hidup saya...
yang telah mengubah 'nickname' saya... (chewah ;p)

Daripada seorang 'archaeologist' yang telah amik cuti terlalu lama kepada seorang GURU!!

Yap.. saya telah menjadi 'Cikgu Maa' bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah :)

Sebelum mula mengajar tu.. memang takut sangat... Takut tersalah ngajar ke ;p
tapi alhamdulillah...saya berjaya mengatasi ketakutan tue dengan berbekalkan kata-kata semangat daripada kuarga + kawan baik.. (Thanks to Hanie-Nor-Yaya-Daaz-Hanafi-Etness)

Sebelum nie..ingat jadi 'Cikgu' ni senang je... RUPA-RUPANYA!!! mencabar sangat..huhu..
Bertambah mencabar bila berdepan dengan 'pelajar nakal sikit'

First day diuji dengan 'apa pendapat cikgu tentang 1 Malaysia' - tergamam lah saya.. hahaha..
Saya terangkan apa yang saya faham kemudiannya berjanji akan terangkan dengan lebih baik pada kelas seterusnya..huhu..

Alhamdulillah...semua berjalan dengan baik laa...

Di akhir persekolahan - saya telah meminta komen negatif daripada pelajar saya (Form2&4)
  1. Cikgu dok(tidak) tegas.. ( saya mengaku sebab tidak mendenda pelajar yang tidak siapkan homework..saya cuma memberi nasihat 'pedas'..)
  2. Cikgu bercakap cepat sangat masa bagi nota
  3. Cikgu bagi banyak sangat homework (saya mengaku sebab bagi saya 'practice makes perfect' lagipon zaman saya belajar dulu dapat banyak sangat homework..ahaks!!)
  4. Cikgu jarang senyum masa mengajar (ops!!no komen)
  5. Cikgu dok ingat nama pelajar (aduyai..ramai sangat la..saya ngaja 5 kelas = 165 pelajar)
  6. Tulisan cikgu kecik
  7. Cikgu periksa lama sangat buku ( yela..pas periksa buku saya akan panggil sorang demi sorang untuk tegur penggunaan ayat+tatabahasa yang salah)
  8. Cikgu nie kurus sangat lar..(hahaha..nie tersasar dari kehendak soalan!!)
  9. cikgu suke bertanya (Yela..nok tau student faham ke dok...)

Insya'Allah...saya akan perbaiki kekurangan nie...sekiranya berkesempatan ;p

Kenangan ketika menjadi guru pengiring untuk lawatan ke Taman Tamadun Islam, Terengganu

Akhirnya..dapat jugak naek bus Al-Falah nie :)
Zaman saya dulu takde (T_T)

***********************************

*********************************
Jangan Jeles!! Taj Mahal tue ;p
********************************
Bersama Cikgu Aini (Pengarah Projek) dan Sepupu yang pendiam ;p

***********************************
Taj Mahal : Lambang cinta Shah Jehan terhadap isteri Mumtaz :)

*************************************
Taj Mahal lagi :)

******************************



Bersama Wanie + Syuhada dan Sweet gurl :)

Paling kelakar...' cikgu, rait kertas sejarah bagi markah lebih neh'
Memang kelakar...Sejarah kan kertas Objektif...Macamane tue??

Pengalaman mengajar 2 Izzah-2 Hikmah-2 Amanah- 2 fatonah dan 4 Prinsip Akaun(Guru kelas)

~ Life is beautiful ~

Sunday, November 14, 2010

Adoiiiiiiiii..

Bangun pagi tadi...
Saya tidak dapat menggerakkan leher ke sebelah kiri..
Gara-gara tidur menggunakan 2 bantal...
Tapi sebelum nie memang guna 2 pun..

Adoiiiii...
Ada petua nak betul kan balik tak??

~Tido balik atas bantal tue..Nanti okey la... (Princess Honey)
Yang nie saya dah cuba banyak kali... tak jadi pon (T_T)

~ Ketuk leher dengan bantal tue... ( Encik Hanafi)
Hurmm..ketuk ke?? cam ngeri jer!

~Pusing je ke kiri terus...sakit sekejap je..pastu okey la ( Yayat Yusoff)
Wah..........pusing sikit pun dah sakit..tak sanggup la den!

Nak raya gane gini?uwawawawwaawwwa..
Nak drive pon rase macam bermasalah je (T_T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...