Wednesday, September 29, 2010

new life!!

salam...
selamat petang (^_~)
semoga awak semua sentiasa sihat dan hepi pada hari nie..
sekarang nie...
rutin harian saya sudah bertukar...
saya dah bangun seawal 5.30 pagi...
bersiap sedia pergi sekolah...
kembali belajar sejarah dan bahasa melayu...

fuh!situasi baru yang amat mencabar...(bagi saya la..hihi..)
menjadi pendidik bukan senang...(rupe nye......)
walaupun hanya 2 bulan..
saya akan cuba manfaatkan pengalaman nie sebaik mungkin...
~doakan saya ye..amin!

Monday, September 20, 2010

Dalam kenangan (T_T)

Salam Syawal...
arini 11 syawal 1431....
Pagi tadi saya terima s.m.s dari kawan site mengenai 'die'...

'salam..sinchan dah meninggal..sakit usus pecah..

bagitau kenkawan yang lain ek..saya pun baru tau..

kat hospital skrang..sedih sangat'

-03:18:19 am-

~Arwah yang sentiase menceriakan site Lembah Bujang~

Saya baca s.m.s tue pada jam 5 lebih...
Saya terkejut sangat!!
Ya Allah..saya baru je 'chat' dalam fb dengan arwah...
Arwah ajak pergi majlis konvo di Politeknik kat Kedah ( lupe name pe..)
Arwah siap berpesan nak hadiah bunga...
dan suruh saya pektis guna keyboard dengan cekap untuk 'key-in' data sebabnya arwah nak buat master dalam arkeologi dan nak saya bekerja di sana lagi (T_T)

Saya sedih sangat..
Pertama kali di uji dengan ujian kehilangan sahabat rapat (T_T)
Terbayang-bayang kat mata -:
Bermain 'chop-chop' peha ayam mase lunch..
Angkut tanah yang dah di gali kat site Lembah Bujang ..
Arwah gemar minum air yang dicampur-campur...(sirap + jagung + teh )
~'sedap sangat kak...'
Arwah gemar letak serbuk asam (yang dimakan dengan jambu) dalam air minuman..
~yang nie..kami semua dah marah tapi arwah buat derk je...'sedap kak!!'
Arwah suke makan nasik lemak....

Penyakit Arwah?
~Arwah ditahan wad selepas sakit perut yang teramat sangat sampai tak boleh nak bangun
~Masuk ICU 2 hari...selepas Doktor dapat detect buah pinggang dah rosak teruk + usus dah pecah..nak operate tak boleh sebab tetibe dapat detect ada darah tinggi dan kencing manis
~Keluarga arwah dan arwah sendiri tak pernah tahu tentang penyakitnya...
Andaian kami : mungkin arwah ada sakit tapi tak gi check (anggap nanti sembuh la..takde pape la..)
Sebabnya..arwah memang begitu bile terluka ketike bekerja..

Post terakhir dari arwah...
yang buat saya nanges tak henti-henti bile tengok...(T_T)

Ya Allah..kuatkan hati kami semua...

Al-Fatihah buat arwah...

~kami sayangkan arwah!!~

*UPDATE*

Jawapan daripada kawan baik arwah mengenai penyakit arwah..

wasalam..
dlu dia slalu bat0k2 besa jar..
tp mkin lma mkin tq0k..
slpas rya, dia da kta skit pq0t..
wan s0h dia jmpa dkt0r tp dia kta xdk pa2..
pas 2 dia mkin skit...
wan ckp kt dia lg s0h jmpa dkt0r..
dia kta dia tk0t..
masa mlm jmaat 2, kmi lpak umah mmbe..
pas 2 dia ajk blk kta skit pq0t..
lpas antq dia blk 2, tgk2 es0k pg hqi sb2 kak dia htq mcg kta dia xblk p0ly..
trkjut jgk dgar kak dia kta cm 2..
wan p tgk dia kt hsptal..
mak dia kta dkt0r bru X-TRAY..
mlm ahd 2 kak dia abaq kt dia nk kna bdah..
tgk hqi isnin pg dlm k0l 1.30pg kak dia k0l kta dia xdk da.............
rsa cm xcya plak..
hmmmmm...sdeh p0n da...
tp redha lar..

*******************

Saturday, September 18, 2010

SyawaL 1431

Salam Aidilfitri buat semua :)
Amacam raya tahun nie?
best tak?
still dapat duet raya? (hihi...tak patut tanya soalan nie..dah 24 dah kan!!)
~tapi..saya dapat duet raye lagik ;p
tak banyak pon dalam RM29.oo je..kihkihkihkih...
~segan jugak nak amik...tapi dah bagi...rezeki ;p
-: Tok saya cakap...'takperlah...amik la..dok keje lagik kan..'

Yang tak best...takde gambar family tahun nie..tak sempat nak amik..kelam kabut (T_T)
Naseb baek..sempat syok senirik depan kamera ;p
ade jugak kenangan ;p


Secara keseluruhannya...saya hepi raya taun ni...
dapat berjumpe semua sedara mara dari pelusuk daerah Kemaman!!
DAN...
Dapat berjumpa dengan kenkawan....kire cam reunion jugak lar...

.::. dengan bFF time form 6 .::.

.::. classmate form 6 .::.

.::. me-daaz-sah-shiela .::.
.::. Anak kedua Sheila (purple) .::.

Gembira dapat berjumpa dengan C'key, Baah dan Man n da geng...
Yelah..pas Spm -terus lost kontek...
Alhamdulillah...dapat berjumpa tahun nie...
Masing-masing dah berkerjaya..(dah pakai kete senirik..bikin jeles aje..hihi)

Thanks to Is n hubby,Nor,Napi,Apis,Asrul,Sah sbb still ingat kite..:)
yang tak sempat nak singgah tue..tahun depan wajib singgah ye...(Mc Daaz-Bie)

Pendek kate..same2 kite jaga ukhwah yang terjalin ke akhir hayat :)
frenship neber end!!

Saturday, September 11, 2010

ucapan raya..

saya ingin mengucapkan ;-
.::. selamat hari raya aidilfitri & maaF zahiR daN batiN .::.
.
.
.
.
.
.


~Ramadhan sudah meninggalkan kite.. (T_T)
~moga tahun depan dapat berjumpa lagik :)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya..

selamat ari raye..
maaf zahir batin..
pagi nati saya akan bertolak balik ke kemaman..
doakan saya yea...

~sakit gigi lor..huhu...gigi bongsu baru nak tumbuh...
adoii..dugaan...jus makan bubur je nie (T_T)
harap2 saya larat la nak drive pagi kang..:)

~jumpe di hari lebaran :)

Friday, September 3, 2010

Sebarkan!!

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuaiberkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makananseperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan danmahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu a'lam...

~got from faceb0ok :)
~same2 lah sebarkan....

miz..LB..

Salam Ramadhan :)
selamat berbuka...lagik beberapa jam :)

saya rindukan Lembah Bujang!!
Rindukan 'finger mark brick'-'iron oxide'-'tuyure'-atap genting-tembikar-manik-
Rindu nak ekskavasi :) - bermain dengan data analisis - membasuh artifak-
menjemur artifak( cam jemur ikang kering..huhu..)

saya sebenarnya tidak merancang untuk bercuti sampai 3 bulan nie..(wah..lame tol!!)
pada mulanya...saya rase saya hanya akan bercuti selama seminggu atau 2 minggu je..
tapi tak sangka proses pemulihan mengambil masa yang lama....
ditambah pula dengan kuarga saya sudah fobia nak bagi saya bekerja di sana lagi..
so...sampai sekarang saya masih belum ke sana..

sebelum ni..saya telah berazam akan ke sana lagik setelah betol-betol sembuh untuk menyambung master... :)
tetapi setelah berfikir dengan lebih mendalam...saya nekad mahu meninggalkan dunia arkeologi (T_T)
walaupun saya amat meminat bidang tersebut:)
mungkin bidang tue sudah tidak sesuai lagi dengan kesihatan saya..

I'Allah pasti rezeki saya dalam bidang laen.........
Sahabat ku..doakan saya yea :)

~nak upload picca kenangan kat Lembah Bujang..tapi xdpt lor..huhuhu..

Thursday, September 2, 2010

kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~dapat dari facebook :)..same2 share :)~

Sape betoL?

Salam Ramadhan :)
Pagi-pagi nie..tetibe teringat kenangan kat Lembah Bujang..

Petang tue..abg kepada kawan site kami berkahwin...
Jadinya kami dijemput hadir...
Selepas berbincang,kami pon decide lah nak pergi jam 1 ptg..
Dalam 'duk kalut' nak pilih penjaga site mase nak g tue...
Saya pon duk sibuk-sibuk jugak la :P

Saya : Majlis tue kat Singkir kan..?(nama tempat)

Kawan site: Hahahahahahaahahaha...salah la... 'Singkiyak' (ditekan kan sebutan nya..)

Saya yang malu (akibat diketawakan dengan teruk) : Nape lak?ejaan S.I.N.G.K.I.R sebut SINGKIR la!!

Kawan site: Hahahahaha...salah...memang 'SINGKIYAK'

Kesudahannya..saya lari meninggalkan mereka yang memang tak mau kalah!!emosi sangat aritu..hihi..

Kenangan yang mencuit hati saya pulak...
Bile kawan-kawan site cube untuk berloghat terengganu..

Waktu pagi..mase tue kami makan jam 10.30am..

Comey a.k.a Khairul Nizwan : kemaNG, minaNG ayiNG ( kema,minum air)
sambil menunjukkan segelas air..

Tergelak sakan la saya dan Sue :)

~rindu sangat kat site :) dan kawan-kawan site yang memang baik,sentiasa memberikan bantuan di kala kesusahan...:)
~Frenship never end!!
~sayang awak semua~munirah-kak maZ-jihah~kak ina~kak nab-kak ina kecik-ira-nurul
et-comey-ad polis-art bomba-fahmi-mzwan-akmal-mad-ben-waa-chot-caen-abg yuni-jat-chan-
~siha-yaya-huda-hadi-farah-ink-sue-kak zati-kak diana-haji jalal-cik man-cik sairul-cik kai-
cik ikhwan-faris poyo-cik mutalib-cik fadd-Dr.Mokhtar-kak akmal-cik hamid-
~maklong ngan paklong (tukang masak)
~abg usop (penjual air-goreng pisang ade bijan..huhu)
~nak taip sume name..takmo lupe :p tapi nie pon ade da yang lupe..huhu..

.::. kenangan itu indah.::.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...