Wednesday, April 29, 2009

~THE END~

Alhamdulillah..
THE END!!!!
hehehe....
No more exam...
No more assignment...
No more tutorial...
No more Lecture 1,2,3,bla bla bla...

Tapi esok mesti aku dah mule rindu sume nie kan??

Pagi tadi, mase tengah jawab paper Globalization tue..
Ade sorang chinese boy yang terlewat masuk...
Melihat keadaan die yang basah dengan peluh, tercunggap-cunggap..
Aku jadi sedih pulak...
Mesti sesuatu yang tak terduga terjadi pada nye...
Kesian sangat!!

Pastu terus ingatan aku teringat zaman SPM dulu...
Aku dan best fren, Effa pernah masuk lewat time paper Math Moden..
Time tue stay kat hostel dan sengaja nak pegi lewat sikit..
sebab nak buat solat hajat sebelum exam..hehehe..
Pastu dalam pukul 7.45 pagi kot,
Aku dan Effa tergese-gese ke dewan Cemerlang SMTK..
Tengah jalan terjumpe dengan Pengetua..
Pengetua terus sebut name kami dan suruh cepat-cepat masuk
sebab exam dah start..
Kami memang lar hairan sebab belum pukul 8.oo lagik dah start ker?
Sampai kat dewan, terus terkejut!!
Dorang dah start!!
Kami pon mengelabah lar sikit-sikit..
Alhamdulillah...Dapat jawab dengan baik la..hehe..

Time balik hostel..
Junior pun bercerite lah..
PK Hem sibuk carik kami pagi tadi..
Patut lah pengetua tau name kami..
Rupe nya heboh sekejap 2 pelajar tak datang exam..hukhukhuk..
Padahal kami lewat sikit je..
Kelakar jugak bile ingat balik..

Effa, awak ingat tak lagik?hehe...

Best nye saat jadik student!!
Tak perlu bimbang pape..
Juz Pikir study,homework,test,exam,result....

Tuesday, April 28, 2009

Work And Life!!

Baru lepas habis exam pagi tadi..
Esok ade 1 paper lagik...Last paper tue..
Pastu....Takde lagik la tittle 'student yang cute'..hukhukhuk..
Turn untuk 'Work And Life' lak...
Sure ke aku dapat keje tue??
Herm...tengok je laa..

Friday, April 24, 2009

Luahan hati.....

Aku cuba untuk terime...
Keadaan dah tak same lagik!!

Aku cuba untuk belajar...
Perubahan yang dah berlaku!!

Carlos Daniel...
Dalam kenangan!!(Sebab : Keadaan dah tak sama lagi macam dulu....)

P/s : Aku mengarut sikit arini..(^_^) Ntah lar...emosi agak tidak stabil skarang!!
Mungkin 'sindrom final year' kot..hehehe...
Semua dah berakhir...
Pertemuan berakhir dengan perpisahan...
Yang pastinya, ia akan kekal di hati dan minda sepanjang hayat :)
Aku sayang semua sahabat-sahabat yang hadir dalam hidup aku!!
Sahabat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai...
Peneman mase sedih, mase gembira, mase tension, mase 'give-up',mase sakit, mase takut, mase malas...
Bermakna sangat!!
Tiga word hanya mampu aku lafazkan setiap kali perpisahan tibe...
'FRIENDSHIP NEVER END!!!'
Jangan Lost contact ek!!Sayang sensangat!!

Tuesday, April 21, 2009

Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid b. Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya -:
  1. setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
  2. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  3. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  4. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  5. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  7. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  9. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  10. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  11. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
    Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a.w. bersabda,
    " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Sumber : Email seorang sahabat...Thanks Effa (^_^)

Monday, April 20, 2009

Learn by mistakes??

Kegagalan yang tidak dapat diterima....(T_T)
Punca -:
  1. Nervous...
  2. Tak yakin....
Walaupun dah practise banyak kali..
still fail kerana 2 punca tersebut....
Peluang terakhir 11 Mei nie...
Semoga aku dapat buat yang terbaik!!

Pesanan seorang sahabat -:

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


Tapi..cam fobia + trauma lak gara-gara kegagalan pagi tadi (T_T)

~ Learn by mistake laa... ~


Sunday, April 19, 2009

~ T.A.K.E.N~

Movie nie memang best...


Sinopsis : 2 gadis pegi melancong dan kene 'kidnap'. So, ayah gadis tue berusaha nak cari anaknya. Camne kene 'kidnap'?? Sampai aje kat airport, time nak tunggu teksi tue, ada seorang lelaki yang tak hensem ajak 'share' teksi sebab 'tambang teksi mahal'. Pastu, 2 gadis tue terima aje ajakan lelaki tue tanpa pikir panjang. Sampai kat hotel, lelaki tue ajak kuar malam nanti dan berjanji nak datang amik. So, die mitak lah nombor bilik. Salah seorang gadis tue bagi je dengan senang hati..Tak lama kemudian, mereka berdua diculik.. Rupanya, lelaki tak hensem tadi tue adalah penjahat yang menjalankan kegiatan menculik pelancong dan menjadikan mereka 'prostitute' dengan menyuntik dadah kepada mangsa-mangsa nie!!
Akhirnya ayah gadis tue berjaya selamatkan anaknya.Kawan anak die tue mati...

Moral of the story :
  1. Berhati-hati lah!!
  2. Jangan mudah percaya kat orang yang baru kenal.
  3. Jangan sesenang bagi maklumat peribadi kat orang baru kenal...
  4. Jangan percaya sesiapa!!
  5. Jangan percaya sesiapa pon!!!!!!!!!!!!!!
.:. Ya Allah, lindungi kami semua..Aminnnn .:.

Wednesday, April 15, 2009

Ailys Cute

Lerryna a.k.a Yarnk - bestfriend aku time join PLKN
Yarnk kelahiran Sabah ( Kota Merudu) telah berkahwin pada tahun lepas..
So, baru-baru nie telah melahirkan baby cute yang bernama Ailys ( aku x ingat fullname..)

- Ailys berusia 5 hari -

Cute nye!!
Herm....tak sabar nak dapat anak sedare lar.... ;)

Monday, April 13, 2009

oOopss..silap lak

Alhamdulillah...
Sudah selesai 1 paper..tinggal lagi 3 paper ;)
Pagi tadi agak kelam kabut jugak..
DI 1 - Tempat exam untuk paper tadi..
Sebelum nie, aku dah tanya coursemate aku...
Die jawab ' Kat Indah Kembara lar.Tak pernah exam situ deh?'

Pagi tadi, aku bersama die (coursemate) dan beberape rakan lain
menuju ke DI 1 seperti yang diterangkannya..
Sampai kat atas tue, check list subjek...TAKDE!!
Subjek aku takde dalam list kat dewan tue!!
Dah lah time tue 8.50am dah...
Terus tanye student kat situ ' Dewan Indah kat mane?'
'Kat bawah. Nie Dewan Kembara'

Kami pun terus bergegas ke sana. Fuh, nasib baik dekat je awak eh..
Sampai je, semua student dah diarah masuk...

P/s : Next time kena betul-betul pastikan dewan exam kat mane!!!

Friday, April 10, 2009

Tak tau nak post tajuk pe....

First, nak say thanks pada Huda,Mimi,Niza,Linda dan Nas.. :)
Atas nota yang awak-semua tolong copy kan untuk saye yea..
Even saye tak join discussion tue..terharu sensangat (T_T)
Thanks A lots!!
Semoga kita dapat A ek...

Semalam aku dah berjaya melepasi 2 ujian kelas D..
Alhamdulillah....
Ade sesiape nak amik aku jadik driver??hantar resume okey??hehehe...
Sure takde yang berani kan..
Budak lagik :)
Thanks to Mr.Kie (sefu)....
Tahan dengan kerenah aku yang banyak soal nie...

~Just 4 memoriZ ~Aku dan no.60~



.:. Semoga aku menjadi driver cermat dan berhemah sepanjang hayat :) .:.

Wednesday, April 8, 2009

Final Exam iS cOming!!

Final Exam is Coming!!!


what should i do??
  1. struggle + stay-up sampai subuh??
  2. study smart :)
  3. selambe je...final je kan!!
Of course lah no.3 tue tak bleh pakai kan....
Tue men'fail' kan aku lagik laa..
'Study smart' is the best answer kan.. :)

The first paper will be start on 13 while the last paper on 29 of April...
SOoo..what should U do??
Just PRAY FOR ME...!!!
Okey?? (Angguk sekali ye... :) )

For those yang dah start final tue, GudLuck ye..Chayok1ox...
~ Usaha di Tangan kita, Kejayaan ALLAH tentukan~

.:. Semoga Allah permudahkan proses belaja dan menjawab exam .:.

Sunday, April 5, 2009

All About my LoveLy sisTa

Pada 13 Mac yang lalu....
Aku secara sah + rasmi nya telah mendapat seorang abang ipar :)
My LoveLy sista sah menjadi isteri kepada Mohd. Khairull...

So, lepas nie.....
Along akan menetap di Muar, Johor lar...
Berjauhan lagik laa.. (T_T)

Yang pasti...
  1. No more lepak-lepak + gossip-gossip..
  2. No more Cd or DVd sampai pagi..
  3. No more main games sampai habis level tue..
Semoga menjadi isteri solehah, bahagia hingga akhir hayat :)


Tinggal 5 lagik yang tunggu turn..hehe..

Pasni sape plak??? :)

.:. Aku dah berjaya siapkan assignment Dr.Chin..hehehe.. .:.

N.O.T.H.i.N.G

Selamat Pagi :)
Blum tido lagik gara-gara assignment Dr.Chin..
Camne nak siap??Aku banyak main-main lar...
Dari check Friendster pastu update blog...
Pasni??Tak tau lar......
tapi still stay-up sampai sekarang....
Rumate aku sedang struggle untuk thesis nya..
Gudluck rumate ku!!!

.:. Rindu nak gado-gado ngan budak yang selalu gado-gado ngan aku... Mane ek?? .:.

Saturday, April 4, 2009

Renungan.....

  • Makin kita dekati Nya, makin kita di uji, Makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, Kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera tapi diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi Nya kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita perlu..Renung-renungkan...
  • Antara tanda-tanda Allah sayang kepada hambanya ialah dikurniakan sahabat yang boleh Menjadikan kita hampir kepadaNya (Saidina Ali R.A)
  • Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. Ambil lah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kwannya itu.kita selalu melihat die ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kite sangka. Di sebalik senyuman itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan 1000 kekalutan. Kita tak tahu..tetapi jika kite cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu
  • Semulia-mulia manusia adalah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketike budaya membalas dan bersikap adil ketike kuat’ -Khalifah Abdul Malik Bin Marwan
  • Semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia dari maryam. Semoga berjaya menjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah. Semoga berjaya menjadi perempuan tabah, setabah hati Asiah. Semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah. Semoga berjaya menjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah. Semoga berjaya menjadi isteri solehah, sebaik budi Khadijah dan semoga berjaya menjadi wanita & kekasih kecintaan Tuhanmu
  • Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkate ’ sesungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah & ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu di cintainya melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya
  • Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, Menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri dengan solat yang khusyu’.. Susah itu tarbiah, sabar itu indah’
  • ’Setitis airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan..’ ’Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia..’ ’Sejernih wuduk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..’ ’Sesuci hati kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi..’
.:. Thanks Daaz... .:.


Friday, April 3, 2009

Doa Dipermudahkan segala urusan dan hajat

Kali nie nak share something lar...
Saat nie, pasti awak-semua sedang sibuk dengan persiapan final exam kan..
So, why not awak-semua amalkan doa nie..
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita..
Sama-sama kita amalkan :)

Berakhir jua akhirnya..

Kelas terakhir yang amat menyedihkan (T_T)
Terasa amat sedih + sayu sensangat;;
Tambahan lagi, Lecturer pesan macam-macam..
Uwawawawawawawawa...............
Pastu, semua sibuk amik gambar...
Ya Allah, sedih sangat..
Tak tau nak gambarkan camner....

Sekejap aje 3 tahun kan....
Dah nak habis dah..
Just tinggal Final Exam je sekarang (T_T)

Bersame Dr.Prema :)




Wif bestfrenz : dari sem 1 bersame :)


As ( junior ) cakap kat aku ' Kak Kema, sambung lagi laa...'
Tak tau lagik...
Memang terfikir jugak tapi tengok lah camne..

Tak puas lagi belajar!!
Love USM sooo Much!!!!!!

Wednesday, April 1, 2009

Bookworm???

Alhamdulillah...keadaan semakin tenang :)
Test semua dah berjaya ditempuhi...
Assignment + poster paper Globalization pun dah submit..
Sekarang hanya tinggal 1 assignment lagi...
Kena buat analisis dan ulasan tentang buku nie...


Kali nie, aku satu group dengan Liyana..
Semoga kami dapat siap dengan cepat + berkualiti :)
submit 6 April nie..
Harap aku berjaya menghabiskan buku berjumlah 239 pages nie dengan cepat...
Kalau lah novel, konfem aku mampu habiskan dalam masa yang singkat..

DAN...
Hari nie, aku dapat hadiah dari some0ne.. :)
Thanks yea...


.:. kena jadik 'bookworm' lar :) .:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...