Wednesday, January 21, 2009

9 doa dimakbulkan

SEMBILAN PETUA DOA DI MAKBULKAN

1.Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
”Doa antara Azan dan iqamat tidak akan di tolak”

2.Rasulullah bersabda:Allah akan turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu 1/3 malam yang terakhir seraya berkata:” sesiapa yang berdoa kepada-Ku,maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan kepada-Ku,aku akan mengampunnya.

3.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
”Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak iaitu:pemimpin yang adil,orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya.Allah akan mengangkat doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.

4.Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
”Aku di larang membaca Al-quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yang paling dekat antara Hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud,maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5.Hadis Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda:”jika kamu mndengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat.”jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah kerana binatang iti melihat syaitan.

6.Rasulullah bersabda:sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa,
Doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwudhuk(dan mengerjakan solat malam).
Solatnya akan diterima Allah.

7.Ata bin Abi Rabah telah berkata:”telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda:
”sesiapa yang membaca Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan termakbul.”

8.Hadis Abu Hurairah,Rasulullah bersabda:”Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:”aku berdoa tetapi tidak dikabulkan.”

9.Rasulullah memperkatakan mengenai hari jumaat lalu Baginda bersabda:Pada hari jumaat itu ada satu saat.Bila mana seseorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa,memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan di anugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...