Saturday, January 31, 2009

Hepi besday BeeZz

Pada 30 Jan 1986 yang lalu..Baiha Che Nawi telah dilahirkan. Pada tarikh yang sama di tahun 2009, Baiha telah menyambut ulangtahun kelahirannya kali ke 23!!

~Hepi Besday 23 BiezZ~


Semoga awok sehat sokmo-Dipanjangkan umur dan dimurahkan reZeki!! Semoga awok hasilkan design2 yang cun + mantap!!( Penuntut Teknologi Senireka Grafik -tahun akhir UNIMAS)
GoodLuck 4 watever u do!!

Semoga awok cepat kwen..ahaks!!

Friday, January 23, 2009

.::. hammer bay .::.

Hammer bay??
Kedai makan yang terletak berhampiran di Queenbay.Actually, aku pun tak tau macamana nak 'describe' tempat tue..Sebabnya aku tak kenal sangat jalan kat Penang nie 'even' dah hampir 3 tahun aku belajar kat sini.. Berkali-kali pergi pun 'still' tak tahu ingat..(T_T)
Rumate aku pun tanya kat mane tempatnye...(aku blur-blur je....)Petang tadi kami berempat makan di sana.(Pakcik Mail-Hani-Aku-Sya)


Makanan yang kami order??


  1. Ikan Bakar
  2. Kerang Bakar
  3. Tomyam Udang
  4. Tomyam Sayur
  5. Kepah Masak Pedas
  6. Nasi Putih

Fuh!!!Penat kene habiskan 3 pinggan Kerang Bakar..

Tapi memang best la..kerna semuanya SEAFOOD!!

Thanks PakCik Mail (^_^)

.::. Hammer Bay Penang : Aku terjumpe blog nie time 'search' dalam Google

**Barulah aku tahu tempat yang aku makan tadi ( C ) selepas 'search' kat Google...^_^

.::.Hepi Chinese New Year .::.

Pagi nanti aku akan bertolak balik ke negeri tercinta ~T.E.R.E.N.G.G.A.N.U~
Kali nie, aku akan menaiki kereta bersama-sama dengan Atikah dan Aizat.
Semoga perjalanan kami selamat dan dalam lindungan Allah SWT..Aminn..(^_^)
Selamat bercuti kepada semua terutamanya student USM dan Hepi Chinese New Year!!

Thursday, January 22, 2009

.:. Assignment Group .:.

Group aku telah memilih tajuk 'Public Toilet' sebagai tugasan kumpulan kami.
Kami dikehendaki membuat sedikit 'research' tentang 'Public Toilet' dan post dalam blog.
kami amat memerlukan 'comment' dari public..
Blog kami Choice is Yours
Actually, coursework subjek ni amatlah berat..
Semoga kami dapat A..hehehe..

Wednesday, January 21, 2009

9 doa dimakbulkan

SEMBILAN PETUA DOA DI MAKBULKAN

1.Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
”Doa antara Azan dan iqamat tidak akan di tolak”

2.Rasulullah bersabda:Allah akan turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu 1/3 malam yang terakhir seraya berkata:” sesiapa yang berdoa kepada-Ku,maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan kepada-Ku,aku akan mengampunnya.

3.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
”Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak iaitu:pemimpin yang adil,orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya.Allah akan mengangkat doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.

4.Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
”Aku di larang membaca Al-quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yang paling dekat antara Hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud,maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5.Hadis Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda:”jika kamu mndengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat.”jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah kerana binatang iti melihat syaitan.

6.Rasulullah bersabda:sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa,
Doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwudhuk(dan mengerjakan solat malam).
Solatnya akan diterima Allah.

7.Ata bin Abi Rabah telah berkata:”telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda:
”sesiapa yang membaca Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan termakbul.”

8.Hadis Abu Hurairah,Rasulullah bersabda:”Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:”aku berdoa tetapi tidak dikabulkan.”

9.Rasulullah memperkatakan mengenai hari jumaat lalu Baginda bersabda:Pada hari jumaat itu ada satu saat.Bila mana seseorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa,memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan di anugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Tuesday, January 20, 2009

Fobia kah??

Sem nie aku amik subjek ’Abnormal Psychology’ oleh lecturer yang bernama Dr. Affendi.
Bile dah belajar tentang psychology ni, barulah aku tahu macam-macam jenis fobia.
Dan barulah aku tahu yang aku menghidapi fobia yang bernama ’ Ailurophobia’.

Apakah ia ’ Ailurophobia’??

Jawapan yang simple : Kucing @ cat

Ketakutan terhadap kucing. Aku termasuk dalam golongan tersebut. Aku akan mengelak berada berhampiran dengan kucing.
Sejak kecik lagi aku mengalaminya.
Puncanya?? Kucing anak sedara Tok aku yang bernama ’Apple’ telah mencederakan aku!! Mencederakan??hehe..Actually just ’cakar’ aku sikit je..
Sejak tue lah aku dikategorikan ’ Ailurophobia’..
Selain itu, terdapat banyak lagi ’ Specific Phobias’ yang ade..
Antaranya adalah -:

Hematophobia – fobia terhadap darah
Ephidophobia – fobia terhadap ular
Claustrophobia – fobia terhadap ruang yang tertutup
Acrophobia – fobia dengan ketinggian
Aerophobia – fobia dengan ‘flying’..etc flight
Death-related phobia – fobia yang berkaitan dengan kematian – jenazah, kubur
Chionophobia – fobia dengan salji
Erythrophobia – fobia dengan warna MERAH
Triskaidekaphobia – fobia dengan nombor 13

Terdapat treatment untuk mereka yang menghidapinya-:
- Systematic desensitization : ceritakan kebaikan benda yang ditakutinya
- Flooding : menghadapi fobia tersebut
- Imaging flooding : imaging menghadapinya

Habis je kuliah tadi, masing-masing buat pengakuan tentang fobia sendiri..
Aku tak mengaku pun. Kawan-kawan aku dah tahu..
Aku tak rase fobia aku ni akan membahayakan diri aku dan orang lain. So, aku tak nak dan takkan buat ’treatment’ tue.
Takut kucing adalah perkara biasa je..kot(^_^)

Oh ye, hari nie adalah hari istimewa Fatimah Nor a.k.a Nor..Gadis yang aku kenali ketika berada di kem PLKN.

’Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 23’
*semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan reZeki dan success duniakhirat..(ucapan yang sama setiap tahun..hehehe..)
*semoga cepat kawin...(^_^)

.::. Aku dan nasik lemak .::.

30 sen??
Mahal kah bagi anda nilai 30 sen tue??
Sementara menunggu kelas bermula pada jam 12 pm aku dan kawan makan kat Kafe Bistro. Aku pun meng’order’ nasi lemak dan mitak ikan bilis lebih sikit.
Time nak bayar tue, tauke tu pun bagitau lah harga ikan bilis yang aku mitak lebih tue 30 sen..30 sen???
Ikan bilis tue ciput je(sikit). Lebih kurang satu sudu je..
Memang melampau la..(terkejut jugak..sebelum ni aku biasa mitak lebih..tapi tak pernah kena bayar pun!!)
Aku persoalkan jugak..30 sen?? Tauke tue jawab ’ye.’
Aku tak puas hati lah. Kenapa sampai macam tu sekali?? Mahal sangatkah harga ikan bilis di pasaran??
Lepas nie, aku tak kan mitak lebih lagik!!
P/s : Adakah aku terlalu berkire?hehehe...

Sunday, January 18, 2009

.:. Birthday Girlz .:.

Kali nie, aku nak post tentang ’ Birthday Girlz’…
Kenape ye??

6 orang bestfrenz aku telah menyambut hari lahir pada minggu yang lalu.
  1. Ninie : 6 Januari 1985
  2. Liyana : 10 Januari 1986
  3. Adela Nadya : 13 Januari 1986
  4. Aizah @ Ja : 15 Januari 1986
  5. Fasila : 12 Januari 1986 - bestfren time Form 6- Aku terlewat wish kerana konfius..(sori Shila..hehe..)
  6. Suhaila : 6 Januari 1986 - besfren time PLKN

Banyak betol tarikh yang aku kene ingat nie..(^_^)
Nie baru bulan Januari belum lagik bulan lain..hehehe..

’ Hepi Burfday To all of u’
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan reZeki, sihat sokmo, Success duniakhirat dan cepat kawin..hehehe...(Untuk Shila : semoga dapat ramai anak..)


Walaupun Birthday aku lambat lagi…Tapi aku dah dapat 5 hadiah special dari besfren aku kat USM nie..
Patutnya aku yang bagi kat mereka..hehehe..


Nie lah hadiah yang aku terima sebelum D.O.B aku..(^_^)

Pokok Kristal: Liyana
Key-chain bentuk Love : Ninie
Purse coklat : Atikah
Baju : Ja dan Dila (Aku tak upload gambar...)

Thanks a lots girlz..

Aku???
Masih tercari-cari ’gift’ yang sesuai untuk dorang..Sori girls..lambat sikit ek(*_*)

.:. Pembuka bicara .:.

Salam...
Dengan lafaz ‘Bismillah’ aku merasmikan blog yang bernama ‘ Life Is BeautifuL’ nie..
Dengan kewujudan blog nie, aku akan terus meng’update’ perihal yang aku alami, terfikir dan macam-macam lagi la..
Semuanya untuk kenangan di masa akan datang..
Itu saja coretan untuk seisi ’perasmian’ hari nie..(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...