Monday, August 22, 2011

SMS Palsu-Bulan Mengelilingi Kaabah

Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadhan :)


Imbas kembali -:

Pada 19 Ogos 2011 tepat jam 11:42pm -


AhhCumm!! - bunyi nada handset ku menandakan ade SMS masuk dalam inbox..

Lantas ku amik dan ku bace...


~Salam.. From Dato' Dr Mazlan-Head of Astrology Dept- On Saturday 20th Aug 0325am (Macca Time), the moon will circle around the Kaabah and this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Malaysia time will be at 8.25am on Saturday 20th Aug.Please inform everyone by passing this post. SubhanAllah.TQ~

Reaksi ku ~ 'owh....' pastu terus letak balik handset kat tempat asal..


Hari berlalu begitu sahaja tanpa berfikir mengenai sms tue..

Pastu tadi bace paper KOSMO 21 Ogos 2011..


Memberi jawapan tepat kepada SMS yang diterima aritu....

.


~Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilingi seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat


~Prof Datuk Dr Mazlan Othman(yang disebut dalam SMS) tidak pernah berbuat demikian


~Dakwaan tidak benar kerana tidak pernah dalam sejarah,bulan berada tepat di atas Kaabah kerana ia melanggar hukumnya yang melintasi sesuatu kawasan. Jika berlaku,ia mewujudkan ketidakseimbangan alam terutamanya dalam tarikan graviti


~En Muhamad Shaani Abdullah menasihatkan orang ramai jangan terbabit dalam SMS berangkai termasuk yang menyentuh dakwaan bulan mengelilingi Kaabah kerana ia tidak berasas selain hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi


~Abaikan sahaja SMS seumpama itu dan bukan menghantarnya kepada rakan lain supaya tidak mengundang pelbagai tanggapan yang akan menjejaskan akidah termasuk syirik


Sumber : Kosmo Ahad 21 Ogos 2011


Notakakitangan:jangan sebarkan!Jimatkan Kedit Anda!!


Thursday, August 11, 2011

effa nikah

Salam Ramadhan!!

~semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera :)

Pada Jun 2011 yang lalu : kawan baik zaman skolah menengah telah berkahwin :)

~Malas nak taip banyak-banyak...
Tak larat : kan puase...hahaha..alasan budak kecik..cet!!

Layan gambar Puan Effa :) dulu zaman blaja saya gelarkan die sebagai ustazah Rock..hihi..

~Utuk encik suami tersayang~

Effa dan Suami : semoga berbahagia ke akhir hayat :)
oh ye...majlis effa pon saya tak dapat pegi... (T____T)

Saturday, August 6, 2011

Sakit: Tanda Allah sayang

Salam Ramadhan

Semalam saya telah mendapat mesej (s.m.s) yang dalam telepon bimbit tue..
Dari kawan yang agak rapat-: mesej berbunyi -:

~Awak..hari ini dalam sejarah. Baru je tadi saya telefon ustaz tanya pendapat.
Saya tanya pasal penyakit saya nie. Ustaz bagi tau itu TANDA ALLAH SAYANG KITA. DIA NAK KITA SELALU BERDOA PADANYA. Macam cerita para sahabat iaitu Saidina ALi yang resah gelisah sebab Allah tak bagi sakit. Pendapat Saidina Ali, kalau tak sakit, Allah tak sayang.. Jadi sakit yang Allah bagi kat kite itu tanda Dia sayang kat kite. I love ALLAH~

Sayu di hati membace nye (T_T)
Moga entri ni dapat memberi manfaat dan kekuatan pada sesiape aja.

~Semoga kawan saya cepat sembuh.Sama-sama doakan ye!


Friday, August 5, 2011

Tolong!Awek aku pontianak

Salam sejahtera!
Petang tadi-saya dan adik bersantai mengadap laptop menonton :Tolong!Awek aku pontianak!:



Hahahahahahahahahahahahahahaha - dok habes gelak lagik..kelakar sangat beb!!

Memang best la walaupon ade part yang sangat 'slow'..
Boleh la dijadikan tontonan bile dilanda kemurungan atau sebarang masalah emosi la :)

Tak bajet lak Sazzy Falak adalah awek yang di maksud kan dalam tajuk cerite tue..
Sebab napak Liyana yang lebih menonjol yang di uar-uar kan di media hiburan..
Lawak sangat tengok rupa Nurul bertukar jadik pontianak..
Paling kelakar time Sazzy cabut paku sebab nak jadik pontianak! hahahahaha...

TAPI....
Persoalan yang perlu di fikirkan -:

~Nape pontianak melayu hudoh ek? Berbanding pontianak mat saleh? depa kacak-kacak dan cun-cun noh?

:Renung-renungkan dan selamat berfikir :

Notakakitangan: selamat Bersahur!

KeriNduan saMa kaMoo

Salam Ramadhan :)

Semoga kalian semua sihat walafiat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya!

Sedar tak sedar sudah 5 hari kite berjaya menahan lapar dan dahaga :)(chewah..ayat puitis ;p )

DAN 5 hari jugak lah saya 'kangan' sama budak besar tapi kecik :)
Walaupun sudah besar, tapi die masih kecik bagi saya dan kuarga.
Mungkin faktor fizikal yang agak renek..hahahaha...jangan marah ek!
Siapakah?

Jeng...jeng...jeng...

RiNdu baNgat saMa iNi buDak BesaR tapi keCik~

: senyuman Farah di hari penDaftaraN kolej nye:

Die adalah adik perempuan bongsu saya -bernama : Farah :bermaksud: kegembiraan :

Rindu nak dengar :gelak tawa die dan tengok die:marah-marah: hihi

Farah sedang study di Perlis Indera Kayangan.
Tidak pernah berpisah dengan kuarga kami : tidak pernah stay di hostel sepanjang persekolahan selama 11 tahun..

Semoga Farah kuat semangat menghabiskan study nye! Namo repeat or extend oke ;)

Chayok2 my little sista!! Blaja rajin-rajin neh :Angoh dan kuarga doakan yang terbaik utuk Farah :)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan datang lagik!!

~Selamat BerSahur ++ Berpuasa ++ Berbuka ++ Bertarawih ~
kepada semua umat Islam di seluruh dunia :)

*jangan lupa berdoa sebelum berbuka :)
*jangan lepaskan banyak peluang dengan kedatangan Ramadhan kali ni :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...