Monday, August 22, 2011

SMS Palsu-Bulan Mengelilingi Kaabah

Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadhan :)


Imbas kembali -:

Pada 19 Ogos 2011 tepat jam 11:42pm -


AhhCumm!! - bunyi nada handset ku menandakan ade SMS masuk dalam inbox..

Lantas ku amik dan ku bace...


~Salam.. From Dato' Dr Mazlan-Head of Astrology Dept- On Saturday 20th Aug 0325am (Macca Time), the moon will circle around the Kaabah and this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Malaysia time will be at 8.25am on Saturday 20th Aug.Please inform everyone by passing this post. SubhanAllah.TQ~

Reaksi ku ~ 'owh....' pastu terus letak balik handset kat tempat asal..


Hari berlalu begitu sahaja tanpa berfikir mengenai sms tue..

Pastu tadi bace paper KOSMO 21 Ogos 2011..


Memberi jawapan tepat kepada SMS yang diterima aritu....

.


~Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilingi seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat


~Prof Datuk Dr Mazlan Othman(yang disebut dalam SMS) tidak pernah berbuat demikian


~Dakwaan tidak benar kerana tidak pernah dalam sejarah,bulan berada tepat di atas Kaabah kerana ia melanggar hukumnya yang melintasi sesuatu kawasan. Jika berlaku,ia mewujudkan ketidakseimbangan alam terutamanya dalam tarikan graviti


~En Muhamad Shaani Abdullah menasihatkan orang ramai jangan terbabit dalam SMS berangkai termasuk yang menyentuh dakwaan bulan mengelilingi Kaabah kerana ia tidak berasas selain hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi


~Abaikan sahaja SMS seumpama itu dan bukan menghantarnya kepada rakan lain supaya tidak mengundang pelbagai tanggapan yang akan menjejaskan akidah termasuk syirik


Sumber : Kosmo Ahad 21 Ogos 2011


Notakakitangan:jangan sebarkan!Jimatkan Kedit Anda!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...