Tuesday, August 31, 2010

~Lailatul Qada~

Salam Ramadhan :)
Alhamdulillah....kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah pada hari nie...
Pejam celik...ramadhan semakin ke penghujung (T_T)
Sekarang dah masuk 21 Ramadhan kan...
Kalau mase kecik-kecik dulu...pastinya saya akan bersorak gembira...'Yeah..nak raya dah'
Bile dah besar nie..dah faham dan mengerti terase sedih bile Ramadhan semakin melabuhkan tirai (T_T)

Mase kecik-kecik...bile nak berakhirnya Ramadhan...
~petande 'nak menjadi jutawan dah tue'....hihi..walha duit raya tak pernah dapat banyak sampai bergelar jutawan :P

Bile dah besar...nak berakhirnya Ramadhan...
~sedih (T_T)
~mampukah saya mencari 'Lailatu Qadar'??

Saya telah search untuk mengetahui dengan lebih details mengenai malam Lailatul Qadar
.::. klik pada tajuk untuk mengetahui lebih lanjut .::.

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

~saya just copy paste je :)

So...Take note!!
~Malam 21,23,25,27 (malam ganjil)
~sama-sama kite berdoa :)

Monday, August 30, 2010

Thanks..

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan yang banyak memberikan sokongan dan dorongan semasa saya 'tension' dan ber'mood terlalu down' :)

~thanks a lots...

~Saya sayang awak semua (T_T)
~Frenship never end!!!

Fesyen : Tudung ber'SangguL'

Kempen yang giat dijalankan di laman web facebook..

~cara pemakaian tudung yang semakin menjadi trend pada masa sekarang tapi sebenarnya
tidak dibenarkan dalam Islam


Sumber Gambar : Facebook

Saya memang pernah tahu mengenai hal ni..sebabnya zaman belajar di sekolah Alfalah dulu..
Pernah menjadi isu di kalangan kawan-kawan yang berambut panjang..
Yelah..rambut yang panjang nak diikat dan diputar macamana kan bila bertudung?
Ustazah cakap..'Jangan lah di sanggul tinggi-tinggi..buat rendah-rendah dah laa'

Tetapi sekarang??
sengaja dibuat agar ada bonggol besar kat belakang tue kan?
Siap ada jual sanggul lagik....Adus....

~Ramai yang tak tau...sebab kalau tau mesti takkan pakai kan..
Oleh itu....sampai kan lah kepada mereka yang tak tau :)

~Selamat Berpuasa-Berbuka-BerTerawih-Bersahur~

Friday, August 20, 2010

ada apa dengan saya??

~suda tiada masa utuk maen-maen lagik..sies k!!~
  1. Saya memang sedang bermain-main dan tidak serius langsung dengan masa depan..
  2. Saya langsung tidak berusaha keras mencari kerja...teruk kan!!!
  3. Saya tak tahu kenape dengan diri saya(T_T)....saya tak tahu ape yang saya nak...Yang saya tahu saya paling ketinggalan sekali diantara sahabat baik di USM mahupun di skola menengah dulu..
  • Sahabat Baik USM : Hanie sudah menjadi seorang guru di skola menengah:)
  • : Liyana dan Atikah bergelar pelajar Master di Usm
  • : Aizah menjalani latihan Tesdec dan praktikal di Jabatan Pendidikan
  • Sahabat Baik LB : Yaya bekerja di Kolej Pusrawi
  • : Huda membuat bisnes sendiri di Penang
  • : Siha,Fara,Ink,Sue bergelar pelajar Master di Usm
  • Sahabat Baik Smkc: Daaz sudah menjadi seorang guru di skola menengah:)
  • : Marlisah bekerja di syarikat swasta di Puchong
  • : Baiha sedang mengikuti diploma lepasan ijazah di uitm
  • : Yatie bakal guru.
  • Sahabat Baik Smtk: Emma bekerja di pejabat umno dan sudah bergelar isteri
  • : Nor bekerja di syarikat pembinaan di kuala lumpur
  • : Is bekerja di pejabat X (lupe name:P) dan sudah bergelar isteri
  • : Laili Nazihah...lost kontek..tapi memang dah bekerja:)
  • : C'key bakal guru
  • Sahabat Baik Alfalah: Fiq bekerja di KL
~~~~'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri nya sendiri yang mengubahnya'~~~~

Kesimpulannya : Orang yang malas berusaha macam saya ni tak kan berjaya:)
Jangan jadi macam saya..mengharapkan sesuatu tanpa berusaha..hahaha..teruk!!

Tahniah kawan-kawan...semoga berjaya di dunia dan akhirat:)
Saya yakin..saya pasti bekerja sebelum 2010 melabuhkan tirai..:)
Target:selepas raya nie akan menjalankan misi di seluruh Kemaman:)

~optimislah, meskipun anda berada di tengah -tengah badai dan angin taufan~
(copy paste dari buku motivasi menjadi wanita paling bahagia: Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni)

Tuesday, August 17, 2010

iLuvislam:)

Saya amat suke menjenguk iLuvislam (banyak info yang diperoleh dari website nie)

Testi Bulan Ramadhan:)



Salam Ramadhan

Sudah 7 hari kite berada dalam bulan mulia ~ RAMADHAN AL-MUBARAK ~
  • Selamat Bersahur
  • Selamat Berpuasa
  • Selamat Berbuke
  • Selamat Bertarawih
  • Selamat Beramal :)
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan. Jangan lepaskan peluang!!

Wednesday, August 4, 2010

~MuIs~

Salam...
Keinginan untuk mengumpul gambar-gambar kawen besfren semakin menjadi-jadi:)
Sebagai kenangan di hari tua....(nak curi idea untuk majlis saya jugak..hahahaha..)
I'Allah..blog nie akan menjadi kenangan sampai hari tua..(hihihi..nati cucu saya pon tergelak bace!!)

okey la..straight to da point!!
Kali nie, saya nak post gambar kawen kawan baik mase belajar di skola Menengah Teknik kemaman dulu..

Guess Who?? teng..teng..teng..teng!! ( wat suspen sikit:P)

Tadaaaaaa....
Siti Aisyah Abdull Rani a.k.a Is:)
waiting for her prince :)

Is dah bergelar isteri pada 23 September 2009 yang lalu..Nak dekat setahun da:)
Is bekerje di Dungun manakala suaminya baru sahaja dapat bertukar ke Kuantan dari Perak.
Suami Is seorang tentera TUDM:)
~mereka adalah pasangan kekasih sejak dibangku skola lagik...(kalau da jodoh..tak kemane kn)

Bagai pinang di belah dua:)

same comey same padan:)

~muke pon seiras~
Is penah bercerite..ada orang cakap mereka berdua adik beradik:)

~The prince N princess of Jerangau (mereka sekampung :) ~

Gambar terbaru pasangan MUIS ( name gabungan Mubi + Is)
~semoga bahagia ke akhir hayat
~semoga dapat ramai anak:) insya'Allah...

burfday ink

~Hepi belated burfday I.N.K~
mokcik I.N.K (kiri sekali) ~takde pic mokcik I.N.K sensorang..

~sepatutnye burfday I.N.K nie kemarin (3 ogos) tapi dalam kepala ni duk ingat 4 Ogos..
pastu send la 's.m.s' kat Chot ( kawan rapat ink..hihihi)...barulah tahu kesilapan reminder ni..

Pape pon...nak wish jugak la..
~semoga berjaya didunia dan akhirat :)
~semoga kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan...
~semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki
~sayang awok..thanks byk1ooox sbb byk tolong saya time kat LB dulu :)

Sunday, August 1, 2010

EdittO:)

Selamat hari Ahad :)
Disebabkan hari Ahad, masa saya memang teramatlah lapang sekali kerana tugas memasak telah diambil alih oleh kakak saya..hihihihi..kiranya hari cuti along menjadi hari cuti saya :)

Oleh kerana terlalu lapang, saya telah menyelongkar software photoscape untuk menjalankan misi meng'edit' gambar kawin besfren saya nie..
Sekadar suka-suka untuk mengisi masa yang teramat lapang ;p
Tetapi saya sedar, saya bukan mahir dalam bidang meng'edit' nie seperti along dan adik saya yang begitu mahir dalam bidang nie..(Aci la..Along budak multimedia~Teh budak interior design)

oh!sungguh banyak berceloteh :P
K la..tanpe membuang masa, mari saya tunjuk kan hasil nya!!
Tapi sekali lagi ingin saya tegaskan..saya tidak begitu mahir dalam bidang nie..
So..kalau takcantik tue...cakap cantik je laa yea...hihihi..teknik pakse memakse :P

  1. Kesemua gambar ini menggunakan teknik gabungan..banyak gambar digabungkan menjadi 1..
    seperti teknik pergabungan goku dan gohan :P

  2. Gambar majlis persandingan Emma :)

  3. Setelah meng'edit' gambar Emma..tangan saya mula laju memegang 'mouse' dan meng'klik' album anak sedara saya yang bernama Haziqah..
    ~ 1001 wajah Nur Ikhlil Haziqah ~

  4. Dalam album haziqah ade jugak gambar kami..so saya pon edit jugak la:P

  5. Lama kelamaan saya rase syok buat aktiviti meng'edit' nie.. Habes semua album saya selongkar ;p Syok buat sebab software nya senang diguna..Tak macam adobe photoshop yang memeningkan saya...(sebab tak reti gune..huhu..) ~Gambar saya dan Nini~time gi Batu Pahat~
  6. Gambar ni ketika di Lembah Bujang ~keluar makan bersama-sama sempena hari lahir saya :) Time nie booking pondok atas pokok :)
  7. Gambar Lembah Bujang lagik :p Kat LB sekarang nie just tinggal Sue-Fara dan Ink
    Yaya di KL ~ Huda di Penang ~ Me di Johor

  8. Gambar nie saya tak tahu kenape saya besarkan tulisan tue dan buat tulisan tue napak di atas gambar kami... Comot la pulak ;p (terbukti tidak mahir dalam proses meng'edit' ) ~kami bertiga dah terpisah jauh..harap tak lost kontek deh:~ ~gambar ni banyak bata..hehehe...~
  9. hehehe..last sekali saya edit gambar senirik ;p saya gabungkan semua gambar saya ~Namyz Yusma dah 24 tahun da!!~ .:.kejap je mase berlalu.:.
itu saja hasil yang saya berjaya buat untuk hari ni..
walaupun tidak semahir yang pakar tapi saya suke hasil saya :)

Sekian, terima kasih..

~THE END~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...