Saturday, April 4, 2009

Renungan.....

  • Makin kita dekati Nya, makin kita di uji, Makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, Kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera tapi diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi Nya kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita perlu..Renung-renungkan...
  • Antara tanda-tanda Allah sayang kepada hambanya ialah dikurniakan sahabat yang boleh Menjadikan kita hampir kepadaNya (Saidina Ali R.A)
  • Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. Ambil lah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kwannya itu.kita selalu melihat die ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kite sangka. Di sebalik senyuman itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan 1000 kekalutan. Kita tak tahu..tetapi jika kite cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu
  • Semulia-mulia manusia adalah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketike budaya membalas dan bersikap adil ketike kuat’ -Khalifah Abdul Malik Bin Marwan
  • Semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia dari maryam. Semoga berjaya menjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah. Semoga berjaya menjadi perempuan tabah, setabah hati Asiah. Semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah. Semoga berjaya menjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah. Semoga berjaya menjadi isteri solehah, sebaik budi Khadijah dan semoga berjaya menjadi wanita & kekasih kecintaan Tuhanmu
  • Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkate ’ sesungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah & ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu di cintainya melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya
  • Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, Menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri dengan solat yang khusyu’.. Susah itu tarbiah, sabar itu indah’
  • ’Setitis airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan..’ ’Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia..’ ’Sejernih wuduk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..’ ’Sesuci hati kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi..’
.:. Thanks Daaz... .:.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...