Saturday, March 7, 2009

Movie - ChangeLing

Sedih sangat!!Nie adalah 'A True Story' okey..
Movie ni memang teramat sedih....(nangis gak..hehe..)

Angelina Jolie pelakon utama. Beliau melakonkan watak seorang Ibu yang kehilangan anak.
Anak beliau diculik dan kemudiannya Pihak Polis berjaya menjumpai anaknya..
Padahal bukan pon..Kanak-kanak yang ditinggalkan di kedai makan tue mengaku yang Angelina Jolie tue mak die..Polis pakse die terima budak tue.
Pihak Polis tak puas hati bila Angelina Jolie membuat kenyataan akhbar bahawa pihak polis tak mau ambil tindakan bila die bagitau budak tue bukan anak die.
Polis pon masukkan Angelina nie dalam wad sakit mental konon-kononnye Angelina tak betul kerana tak dapat terima anaknya yang sebenar.
Tetibe Polis berjaya tangkap seorang remaja dan remaja tue buat pengakuan dah bunuh ramai kanak-kanak. Remaja tue kene pakse oleh 'Cousin' nye.
Polis suruh die buat pengecaman gambar mangsa yang pernah dibunuh. Hampir keseluruhan gambar yang ditunjuk oleh Polis tue adalah mangsa sepupunye yang jahat tue..
Termasuklah anak Angelina nie..
So, Angelina pon dibebaskan dari wad mental tue..
Endingnya..seorang kanak-kanak yang dilaporkan mati sebenarnya hidup sebab berjaya melarikan diri bersama anak Angelina..
tetapi mereka terpisah time penculik tue kejar mereka.
Budak tue bersembunyi hampir beberapa tahun kerana terlalu takutkan penculik tue..
Penculik tue kene hukuman tali gantung!!(Sesuke ati je nak 'cut' orang..guna kapak lagik tue!!)
Angelina meneruskan pencarian anaknya kerana yakin anaknya masih hidup..

*sedih sangat(T_T) teringat kes adik sharlinie yang masih belum dijumpai...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...