Wednesday, March 25, 2009

Aku dan selesema PART II

Hari nie genaplah 9 hari aku selesema..
Kebimbangan mula terase sebab kebiasaannya aku akan selesema dalam tempoh
yang singkat..
Nak pegi Klinik lagik, terase MALAS laa pulak...
Keinginan untuk mengetahui apakah itu 'SELESEMA' mula membuak-buak :)
Lalu aku mula menaip ' selesema' di pencarian Google...
Terjumpa MyHEALTH Portal
So, aku nak 'share' sedikit penerangan tentang virus selesema nie dengan awak-semua :)

Pengenalan

"Influenza" menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang (hidung, tekak dan paru-paru).

Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun.

Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A dan B. Jenis-jenis virus influenza yang menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Wabak terbaru iaitu ´Avian Flu´ (selesema burung) telah menyerang banyak negara.

Jangkitan boleh merebak kepada orang lain melalui udara yang dicemari oleh batuk, bersin dan bercakap dengan pengidapnya.

Tanda dan Gejala

Flu tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih teruk dan mungkin memerlukan anda berehat dari tugas harian.

Tanda-tanda dan gejala penyakit adalah bergantung pada tahap keterukan :

  • Demam tinggi (39 – 40°C)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Ketidakselesaan bernafas
  • Batuk mungkin menjadi teruk
  • Letih lesu
  • Lemah dan tidak bermaya boleh menjangkau ke 2-3 minggu.
  • Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak.

Manakala selesema pula pesakit jarang mendapat demam,sakit kepala dan letih lesu tak bermaya. Mereka biasanya mengadu hidung tersumbat batuk dan sakit tekak.

Komplikasi

Untuk individu sihat, flu akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari dan gejala teruk berkurangan dalam masa 3 hingga 4 hari.

Komplikasi yang teruk termasuklah :

  • Pneumonia(jangkitan paru-paru)
  • Jangkitan sinus
  • Jangkitan telinga
  • Jangkitan selaput meninges otak

Pesakit yang berisiko mendapat komplikasi adalah :

  • Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
  • Penghuni Rumah Orang Tua ("Nursing Home")
  • Warga Emas
  • Wanita Hamil
  • Penderita sakit paru-paru seperti COPD, kegagalan fungsi jantung dan ginjal
  • Pesakit HIV/AIDS
  • Pesakit kanser

Rawatan

Penjagaan di rumah yang sempurna dapat melegakan gejala dan komplikasi yang mungkin timbul.

  • Rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan senaman ringan dapat membantu membina pertahanan badan.
  • Bahan Ubatan yang dibeli tanpa priskripsi doktor contohnya Paracetamol (Panadol) dapat mengurangkan demam, sakit kepala dan sengal-sengal otot.
  • Ubat pereda hidung tersumbat dan semburan hidung dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan tisu-tisu bengkak.
  • Minumlah air yang bersih.

Dapatkan rawatan dari klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejala-gejala lain.

Pencegahan

  • Jauhkan tempat yang sesak.
  • Orang dewesa berumur 50 dan keatas, pesakit-pesakit COPD dan kumpulan lain yang berisiko, dapatkan suntikan vaksin flu shot bagi mencegah selesema.
.:. Kini barulah aku tahu serba sedikit... Awak-semua pun kalu nak dapatkan sebarang inFo berkenaan dengan kesihatan just klik aje (link)

3 comments:

...aku hambaNYA... said...

ciannye kat cyg ni...selsema lamanya.
mesti x selesa kan?? huhu..aku kat sini pun dah terkena jangkitan selsema mu kema..
nak demam pun ada ni..sore pun da tukar jadi makin 'merdu'..he3
apa2 pun.. aku doakn moga kita sama2 cepat sembuh, tak terus merebak..
apa yang penting??
'KERJASAMA'...
Huhu..xde r, yg pnting 2, kena jaga kesihatan baik2 ye cyg..
ok.. take care=)

Pancasara said...

Sinus yang luar biasa tu some sort of self-defense...selesema mmg boleh buatkan rasa kurang selesa.

Kena lebih expose diri kat panas matahari...kurangkan aktiviti lasak...dulu ingatkan kalau joging/bersukan masa selesema boleh aktifkan sistem badan untuk lawan virus, rupanya lagi exxaggerate...

Kena lebihkan rest, byk minum air...tu baru betul...macam artikel yang kat atas tu kata...

NAMYZ YUSMA said...

Thanks Daaz n Pancasara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...